INDEKS PEMBANGUNAN MANUSIA (IPM) dan KONSEP PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

A. INDEKS PEMBANGUNAN MANUSIA (IPM)

Indeks Pembangunan Manusia (IPM) / Human Development Index (HDI) adalah pengukuran perbandingan dari harapan hidup, melek huruf, pendidikan dan standar hidup untuk semua negara seluruh dunia. IPM digunakan untuk mengklasifikasikan apakah sebuah negara adalah negara maju, negara berkembang atau negara terbelakang dan juga untuk mengukur pengaruh dari kebijaksanaan ekonomi terhadap kualitas hidup.
Indeks ini pada 1990 dikembangkan oleh pemenang nobel India Amartya Sen dan seorang ekonom Pakistan Mahbub ul Haq, serta dibantu oleh Gustav Ranis dari Yale University dan Lord Meghnad Desai dari London School of Economics. Sejak itu indeks ini dipakai oleh Program pembangunan PBB pada laporan IPM tahunannya.
Amartya Sen menggambarkan indeks ini sebagai “pengukuran vulgar” oleh karena batasannya. Indeks ini lebih berfokus pada hal-hal yang lebih sensitif dan berguna daripada hanya sekedar pendapatan perkapita yang selama ini digunakan. Indeks ini juga berguna sebagai jembatan bagi peneliti yang serius untuk mengetahui hal-hal yang lebih terinci dalam membuat laporan pembangunan manusianya.
IPM mengukur pencapaian rata-rata sebuah negara dalam 3 dimensi dasar pembangunan manusia:
• hidup yang sehat dan panjang umur yang diukur dengan harapan hidup saat kelahiran
• Pengetahuan yang diukur dengan angka tingkat baca tulis pada orang dewasa (bobotnya dua per tiga) dan kombinasi pendidikan dasar , menengah , atas gross enrollment ratio (bobot satu per tiga).
• standard kehidupan yang layak diukur dengan logaritma natural dari produk domestik bruto per kapita dalam paritasi daya beli.
Setiap tahun Daftar negara menurut IPM diumumkan berdasarkan penilaian diatas. Pengukuran alternatif lain adalah Indeks Kemiskinan Manusia yang lebih berfokus kepada kemiskinan.
Pada umumnya untuk mengubah sebuah variabel awal, sebagai contoh x, kepada sebuah index bebas antara 0 dan 1 (yang memperbolehkan indeks yang berbeda untuk ditambahkan sebagai satu kesatuan), formula yang digunakan adalah sebagai berikut:
• x-index =
dimana dan adalah variabel angka maksimum dan minimum x yang dapat diperoleh.
IPM menggambarkan tiga indikator umum berikut:
• Indeks Harapan Hidup =
• Indeks Pendidikan =
o Angka melek huruf dewasa (ALI) =
o Gross Enrollment Ratio (GER) =
• Indeks PDB =
LE: Angka harapan hidup
ALR: Angka melek huruf
CGER: Combined gross enrollment ratio
GDPpc: PDB perkapita berdasarkan PPP dalam USD
UNDP telah menciptakan catatan teknis penghitungan IPM (lihat pranala dibawah).
[sunting] Indonesia
Angka IPM Indonesia dari tahun ke tahun[2][3]
1. tahun 1980 = 0,522
2. tahun 1985 = 0,562
3. tahun 1990 = 0,624
4. tahun 1995 = 0,658
5. tahun 2000 = 0,673
6. tahun 2003 = 0,709
7. tahun 2004 = 0,714
8. tahun 2005 = 0,723
9. tahun 2006 = 0,729
10. tahun 2007 = 0,734
catatan : pada 18 December 2008 diluncurkan sistem penghitungan baru tehadap IPM dengan memasukan GDP PPP yang baru. Hal ini berakibat pada berubahnya angka IPM setiap negara dan rangkingnya terhadap dunia. Menurut daftar yang baru, IPM indonesia pada 2007 adalah = 0,734 [4]

B. KONSEP PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

2.1 Asas Pembangunan dalam Islam
Pembangunan dalam Islam boleh ditakrifkan sebagai menerima pembangunan asing, barat dan timur yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dan menolak apa–apa yang berbahaya berteraskan kepada nilai–nilai hidup Islam. Menurut Muhammad Akhir dan Hailani, dinyatakan bahawa ‘Pembangunan dalam Islam adalah berlandaskan kepada orientasi nilai dengan perhatian untuk meningkatkan kebajikan umat Islam dari semua aspek (moral, kebendaan dan kerohanian) untuk mencapai keselamatan dan kedamaian hidup di dunia dan akhirat’.
Pembangunan hendaklah ditangani secara secara bertahap dan berperingkat:
Tahap I • Peringkat kerohanian seperti pembangunan yang mengarah kepada kesucian akal dan jiwa.
Tahap II • Peringkat pembangunan fizikal
Menurut Rahimah Abdul Aziz, pembangunan mestilah mengandungi perkara–perkara berikut:

1. Merangkumi keperluan asas setiap orang dan negara seperti barang–barang dan perkhidmatan. Keadilan, matlamat sosial, budaya dan politik.
2. Berjaya mengurangkan masalah–masalah sosial dan meningkatkan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan.
3. Perubahan berencana dan terkawal
4. Melepaskan manusia daripada pelbagai pergantungan, eksploitasi dan penindasan.
5. Mendatangkan faedah kepada semua manusia.

2.1.1 Tauhid
Konsep tauhid adalah menjelaskan hubungan sesama manusia dengan Allah. Manusia tidak boleh atau haram untuk berhubung atau berkomitmen dengan makhluk lain selain dari Allah. Kepatuhan manusia kepada Allah bolh dilihat dari tingkahlaku atau tindakan mereka mematuhi perintah Allah dan meninggalkan laranganNya dengan cara yang ikhlas dan menyeluruh. Terdapat 3 konsep pokok dalam Islam iaitu:

a) Iman
Komitmen kepada wahyu iaitu ketaatan mutlak bagi hidup berasaskan wahyu (syariah) untuk menghadapi cabaran sekitaran.
” Iman bukanlah merupakan harapan dan bukan pula perhiasan lahir; melainkan tertanam dalam hati dan dibuktikan dengan perbuatan”
Riwayat Ibn Najjar
b) Ilmu
Ilmu yang perlu dijadikan amalan ialah ilmu yang benar iaitu bukan yang meragukan dan tidak berguna kepada manusia. Ilmu yang benar ialah yang dapat memakmurkan dunia secara sebenarnya. Ada 3 sumber ilmu iaitu akal, pengalaman dan wahyu. Ilmu wahyu disampaikan kepada manusia melalui rasul–rasul. Penolakan dan penerimaan ilmu wahyu mempunyai kesan dalam bentuk dosa dan pahala.
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah dari kalangan hambanya ialah orang yang berilmu”
c) Amal
Melakukan perbuatan yang diredhai Allah. Amal ini dikenali sebagai ibadat. Apabila melakukan perbuatan–perbuatan yang terkeluar dari kerangka keredhaan Allah ia dikenali sebagai fasad.

2.1.2 Rububiyyah
Konsep yang menerangkan sifat Allah. Sifat Allah adalah sebagai penguasa di alam ini. Dia yang berkuasa membuat peraturan bagi menjamin dan mengarah kehidupan manusia supaya sempurna dan sejahtera. Dia juga berkuasa untuk menjaga, mengawal. Menampung dan mengurus kehidupan makhluk ke arah kesempurnaan.
“Telah jadi nyata bahawa kerosakan di dunia (darat dan laut) disebabkan oleh perbuatan manusia ; dengan itu Allah menjadikan mereka merasa sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar”
Surah Al-Rum: 41
2.1.3 Khalifah
Manusia sebagai utusan Allah di muka bumi ini. Tanggungjawab utamanya ialah sebagai pemegang amanah Allah dalam segala aspek seperti akhlak, ekonomi, politik dan sosial. Sebagai pemegang amanah, manusia tidak boleh merosakkan alam ini. Pembangunan yang hendak dijalankan adalah memberi kebaikan sepertimana yang diwahyukan oleh Allah. Oleh itu, manusia wajib mengelak dari melakukan pembangunan yang fasad iaitu pembangunan yang membawa kepada keruntuhan, kekacauan dan kezaliman.
Asas terpenting untuk melaksanakan tugas khalifah selain daripada iman ialah ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam benda. Pengubahan kepada kedudukan ilmu tersebut beerti telahmengubah kedudukannya yang tabii dan semulajadi yang dengan sendirinya akan mengakibatkan kepincangan dan kefasadan di muka bumi ini.
“Sesungguhnya dunia ini manis dan indah, dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil untuk mengurus apa yang ada padanya. Dengan itu Dia sentiasa memerhatikan bagaimana kamu menjalankan urusan itu”
Hadith Riwayat Abu Saad Al Khudri
2.1.4 Tazkiyah
Tazkiyah merupakan mekanisma utama bagi mewujudkan pembangunan termasuk pembangunan manusia. Tazkiyah melibatkan proses penyucian dinamik yang perlu dilakukan oleh setiap umat manusia sekiranya dia mahu berada dalam keadaan yang sejahtera. Manusia perlu menyucikan hubungan sama ada manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan makhluk lain di dunia. Tazkiyah ada 7 unsur penting iaitu
1. Taharah
-Mensucikan tubuh dari kekotoran, mensucikan anggota badan dari dosa, mensucikan hati dari akhlak terkeji dan sebagainya.
2. Ibadat
-Menghambakan diri kepada Allah
3. Zikir
-Mengingatkan Allah pada setiap masa
4. Doa
-Memohon kepada Allah
5. Taubat
-Meminta keampunan dari Allah
6. Sabar
-Memupuk semangat kesabaran
7. Mauhasabah
-Menghitung dan mengkritik diri

2.2 PERBEDAAN KONSEP PEMBANGUNAN
Jika diamati setiap fahaman di dunia ini mempunyai konsep yang tersendiri terhadap pembangunan ini. Bagi negara yang rata-ratanya menganuti fahaman kapatasisme, mereka lebih menitikberatkan membangun, maju dan moden. Bagi mendapatkan status negara membangun, maju atau moden sesebuah negara tersebut hendaklah mampu dan menguasai sains dan teknologi. Di samping itu juga, negara tersebut hendaklah mampu mewujudkan sektor perindustrian dan perusahaan.
Ini kerana bagi mereka melalui perindustrian dan perusahaanlah ekonmi negara akan berkembang, pembangunan bandar akan bertambah pesat, peluang-peluang pekerjaan dapat disediakan dan kemiskinan dapat dikurangkan. Selain daripada itu, pembangunan minda, tingkahlaku, politik dan fizikal serta mental juga dititikberatkan. Namun apa yang menjadi asas kepada konsep pembangunan mereka adalah ekonomi sebagai penggerak dan matlamat pembangunan.
Apa yang membezakan antara fahaman kapatalisme dengan Islam dalam konsep pembangunan adalah bagi Islam pembangunan merupakan pembangunan manusia atau pembangunan insaniah. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa pembangunan dalam Islam merangkumi tiga aspek penting iaitu pembangunan fizikal, mental dan spritual (3+1).
Selain itu jika ditelitikan daripada sudut ekonomi pula, pembangunan mengikut sistem kapitalis Barat dimana riba berlaku dalam semua urusan bank dan perniagaan adalah ditegah oleh Islam. Ini jelas difirmankan oleh Allah yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kau tidak mengerjakannya, maka ketahuilah bahawa Allah dan rasul-rasulnya akan memerangi kamu…”
“Orang yang memakan riba tidak boleh berdiri (pada hari kiamat ) melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan…”
Surah al-Baqarah: 275
2.3 PEMBANGUNAN ISLAM DARI PANDANGAN SARJANA ISLAM
Berikut kami telah mengumpulkan beberapa pandangan sarjana Islam terhadap pembangunan Islam yang telah kami petik dari beberapa buah buku.
Imam Al-Ghazali mentakrifkan pembangunan dengan pemahaman yang dinamik dan mendalam tentang epistemologi Islam, perlakuan sosial yang penuh beradab, pendidikan yang memberi penekanan kepada kepentingan dunia dan akhirat serta cara hidup Islam yang menyeluruh yang merupakan teras pembangunan peradaban Islam. Terdapat dua perkara pokok dalam pembangunan Islam iaitu kekuatan intelektual dan kekuatan taharah.
Manakala Abu A’la Al- Maududi yang merupakan pendakwah yang dilahirkan di Hyderabad, Decca, India ini menyatakan bahawa pembangunan membabitkan langkah – langkah iaitu:
i. Menjelaskan semula ajaran Islam dengan memberi fokus kepada masalah–masalah semasa yang dihadapi oleh masyarakat Islam dalam bidang sosial, ekonomi dan politik.
ii. Memilih tenaga kerja yang berdisiplin, berdedikasi dan berakhlak tinggi bagi melaksanakan tugas–tugas pembangunan peradaban Islam.
iii. Melaksanakan perubahan–perubahan yang akan membawa kepada transformasi yang menyeluruh pada setiap lapisan masyarakat berdasarkan situasi tempatan. Maknanya Islam mementingkan perancangan strategik.
iv. Melaksanakan reformasi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selaras dengan kehendak Islam.
Sayid Sabiq adalah pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin. Beliau menyatakan bahawa perlu ada 7 kekuatan pada orang Islam jika hendak membangun iaitu:
i. Kekuatan Akidah iaitu keimanan mutlak kepada Allah.
ii. Kekuatan Ilmu iaitu ilmu yang merupakan penegak peribadi manusia, penyingkap hakikat kewujudan sesuatu benda/perkara di alam nyata.
iii. Kekuatan Budi Pekerti iaitu dengan cara menyucikan jiwa sehingga dapat berkembang di atas jalan yang lurus menuju ke arah kemuliaan dan keluhuran rohani.
iv. Kekuatan Ekonomi iaitu memperolehi kekayaan, kemakmuran bumi, memperkembangkan kekuatan alam dan mengambil kemanfaatan dari sumber alam.
v. Kekuatan Ikatan Masyarakat iaitu menggerakkan masyarakat di atas dasar kemerdekaan, keadilan, persamarataan, mengikut asas–asas syariat Islam, bekerja kuat, pergaulan yang baik, undang–undang yang jujur menuju kebahagian yang dicitakan.
vi. Kekuatan Susunan Perdamaian iaitu melaksanakan perdamaian umum yang berteraskan kepada hormat–menghormati antara sesama manusia, menjamin hak manusia dan melindungi semua perjanjian.
vii. Kekuatan Jihad iaitu memberi pengorbanan nyata demi membela hak, memperolehi kehidupan yang merdeka dan memperolehi kehidupan manusia.

Sumber
http://id.wikipedia.org/wiki/Indeks_Pembangunan_Manusia
http://lamanqs.tripod.com/rujukan/agama/bab2.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

nowathome

Love life! Sharing and caring!

Tales of life

Life is what you make it

SUGIH forever

Prince Dreamer constructs all his dreams!

%d bloggers like this: